Hati seolah-olah terhenti. terbaca tulisan ini:
Masih segar dalam ingatan kita peristiwa Tsunami di Acheh pada 2004. Setelah berlakunya peristiwa tersebut, sekumpulan hamba Allah secara sukarela telah membuat usaha mencari mayat. Setelah selesai kerja pemburuan mayat,mereka ada masalah utk mengecam mayat tersebut adalah orang Islam/bukan Islam. Akhirnya, mereka bermesyuarat & membuat keputusan utk mengebumikan mayat mengikut pakaian yg dipakai. Jika pakaian org Islam, maka ia akan dikebumikan mengikut cara Islam. Sama kes di Bopal, waktu malapetaka kebocoran gas ribuan mayat bergelimpangan. Yg Hindu nak dibakar, yg Islam nak di sembahyangkan. Keputusannya, lelaki berjanggut disolatkan yg lain dibakar. Bayangkan jika berlaku letupan bom di kelab2 malam atau di pentas tarian (zumba, ballet dan sebagainya) di negara kita. Bagaimana untuk mengecam mayat tersebut kerana pakaian wanita Islam dan bukan Islam sama sahaja. Moralnya, pakaikanlah pakaian orang Islam kpd kita dan anak2 kita dan mohonlah kepada Allah agar dimatikan dalam pakaian orang Islam.
Kadang-kadang kita terlepas pandang. kita terlupa, kita terlalai..
Pakaian yang kita pakai hari-hari, menentukan kubur mana kita diami.
Benar, mati itu pasti. tapi waktu nya menjadi rahsia Allah..
mungkin diberi kita signal, mungkin ditarik secara tiba. siapa tahu?
*****
Pakaian.
Rasulullah SAW mengajar kita etika berpakaian. dan adab-adab berpakaian.
cuma,
adakah kita MAHU belajar? atau
adakah kita TAK PERNAH tahu? atau
adakah kita NAK tapi TAK TAHU kat mana? atau
adakah kita DAH TAHU tapi TAK NAK amal.
bagi aku, selagi tak cuba, tak kan tahu pahit manis nya.
try la google der.
****
pengalaman.
pernah sekali aku pakai seluar jeans, koyak di lutut. sebelum pakai seluar tu, aku dah terfikirkan macam mana nanti, masuk waktu solat, aku nak sembahyang. sah-sah la tak sah kan? tapi aku pakai jugak. kononnya sebagai backup aku bawak lah kain pelikat sekali. time tu aku nak ke luar. so, aku sediakan kain untuk ganti seluar yang tak patut aku pakai...
setibanya waktu solat, aku gelabah. kenapa? aku sampai lewat ke surau. solat berjemaah dah nak habes. hadoi.. dengan susah payah aku tukar kain, nak g tandas lagi.. tibe2 solat jemaah dah habes. hm. melepas.
menyesal je pakai seluar koyak.
*****
pakaian menutup aurat ni...
-menjimatkan waktu. tak perlu tukar seluar/kain sebelum solat. bila pakaian yang dipakai diyakini bersih, kita boleh terus solat. selamat dan dapat ganjaran kerana tak melambatkan solat.
- selamat. lelaki dan perempuan. tak ade suara-suara dan fitnah-fitnah yang kononnya nampak aurat kita.
-selesa. xpelu nak cover-cover nak tutup aurat. duduk dengan tenang, berdiri dengan tenang. bergerak dengan tenang. tak perlu risau.."eh, kalau aku tunduk ni orang nampak tak aku pakai *** kaler ape ni..","kalau aku melompat, orang nampak tak aurat aku ni.." kan?
-ingat mati. kalau aku mati dalam keadaan aku tak tutup aurat ni. macam mana aku nak mengadap Allah? atau, aku mati dalam keadaan aku berbuat maksiat ni, bagaimana penampilan aku yang terakhir semasa hayat aku? *seperti tulisan diatas?
pernah tak korang terfikir jika ditanya "Apakah amalan kamu sewaktu hayat kamu?"
agak-agak lancar tak jawapan kita?
*****
Wahai Sahabat, sempena maal hijrah tahun ini, cuba tanamkan azam baru.
azam yang mana kita pegang dan amal SELAMA-LAMANYA selagi kita diberi nikmat nyawa ni.
renung balik azam tahun lepas, 2 tahun lepas, dan 3 tahun lepas.
1. Adakah matlamat@ azam kita tercapai?
2. Apakah kita masih mengamalkan@ setia dengan azam lepas?
3. Kita berubah tak dari tahun ke tahun?
berazam biar sederhana, ubah selagi mampu, paksa diri sebelum ajal menjemput.
*****
kalau tak hari ni, bila lagi?
kalau tak sekarang, bila lagi?
kita tak kan tahu manis tawarnya air selagi kita tak..
1. beli air, bukak penutup botol dan minum.
2. pegang gelas dan teguk.
3. rendahkan kepala dan sedut air yang ade.
4. picit button, n tadah mulut.
5. orang lain pegang plastik air, kita sedut.
6. datang bilik kawan, suh kawan tegukkan air masuk mulut kita.
caranya macam-macam, pilihlah ikut keselesaan. selagi ianya tak memudaratkan.
*****