"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-(Adz-Dzariat:55)

Thursday, January 20, 2011

syair Syeikh Yusuf al Qardhawi



Bangunlah para petunjuk jalan yang arif lagi bijaksana untuk mengembalikan keadilan,
Bangunlah para penakluk yang mulia dan gagah untuk mencapai kemuliaan perkasa,
Bangunlah untuk memusnahkan segala belenggu kerana masanya telah tiba,
Kerana manusia ditimpa kecelakaan cinta dunia tanpa agama,
Marilah kita kembalikan umat, sebagai satu rahmat bagi seluruh alam,
Janganlah kita berkata ; "bagaimana?" kerana kita ini umat Islam..

Wahai saudara Islam di seluruh tempat,
Naiklah ke atas bukit dan laungkanlah azan,
Angkatlah al Quran sebagai perlembagaan zaman,
Penuhilah setiap penjuru dengan berkat,
" kami umat Islam! Kami umat Islam! Kami umat Islam!!!
Dimana ada kebenaran dan keadilan, disitulah ada kami..
Kami rela mati daripada terhina..
Alangkah manisnya kematian di jalan Allah.!!!!!


0 comments:

Post a Comment

words.

“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”
-Imam al-ghazali.