Assalamualaikum wbt.
terfikir sejenak..INDAH.walaupun namanya indah,tak semestinya contentnya indah..(contoh:INDAHWATER..teett-gurau je)
Indah yang kita dambakan adalah milik Allah..justeru, jika semuanya kerana Allah,maka keindahan yang hakiki kita akan dapat. Berbicara mengenai indah dalam persahabatan,ukhuwwah fillah,jangan kita terlupa yang lagi indah dari itu ialah dakwah, kerana daripada dakwah itu sendiri tebentuknya ukhuwwah.
Bagaimana rupanya dakwah.
Dakwah secara ringkasnya menyeru kepada kebaikan n mengajak meninggalkan keburukan. Maknanya sangat umum. sudah tentu cara nya berbagai2.
namun, sesetengah orang bila sebut perkataan dakwah, pelbagai tafsiran dibuat untuk menggambarkan para daie yang bergerak mencari mad'u..hakikatnya dakwah adalah kewajipan semua orang.
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Aali Imran 3:104)
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Fussilat 41:33)
Jika kita meninggalkan kerja da'wah, matlamat kerja da'wah tetap berjalan. Orang-orang yang lebih baik dari kita akan dipilih oleh Allah untuk menjalankan kerja da'wah yang mulia:
هَا أَنتُمْ هَٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ ۖ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِ ۚ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنتُمُ الْفُقَرَاءُ ۚ وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم
"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." (Muhammad 47:38)
beriman dengan sebetul-betul dah ke kita ni?
Siapa? Seorang yang benar-benar beriman adalah seorang yang berjuang di Jalan Allah dengan harta dan diri:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (Al-Hujuraat 49:15)
aqidah kita tentang Islam macam mane?
perkara pertama sebelum kita buat apa-apa adalah faham.
kalau tak faham macam mana nak buat?
wallahu a'lam.
Motivasi.
6 hours ago



0 comments:
Post a Comment