"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-(Adz-Dzariat:55)

Tuesday, February 22, 2011

Pilihan Raya Kampus.

" Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (ketua negara ) adalah pemimpin, dia akan ditanya tentang rakyatnya . Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahli keluarganya dan dia di tanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia di tanya tentang rakyatnya. Seorang khadam itu menjadi pemimpin tentang urusan harta tuannya dan ditanya tentang rakyatnya Seorang anak menjadi pemimpin tentang harta ayahnya dan ditanya tentang rakyatnya.Maka kamu semua adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya." (Bukhari Dan Muslim)


dah seminggu Kempen PRK berlangsung.
hari ini tiba jugak..hari membuang undi.
masing2 bertungkus lumus berkempen.
ada yang bekerja sampai lewat pagi, ada yang tak tido!
macam2 jenis penyampaian manifesto.
macam2 ragam penyokong.
meriah dan hangat.

timbul juga blog2 misteri yang tak menyenangkan hati,
yang memecahbelahkan perpaduan,
kutuk mengutuk..
adakah ini adat pilihanraya??

di Malaysia, pilihanraya umum.
pelbagai kontroversi timbul gara2 PRU mendekat.
pelbagai fitnah2 ditabur.
seoalah2 adat pilihanraya.

di Kampus, PRK,
bermacam2 ragam.

Di UMP, mujurlah tiada puak2 yg saling bertanding merebut kerusi..
seperti kita tengok di mana2 kampus yg dah lama bertapak..
contohnya UPM,USM,UTM..Pro-A menguasai kerusi manakala UKM,UM pro-M berjaya memegang tampuk pimpinan pelajar..
kewujudan Pro-A dan Pro-M di kampus2 ada pro dan kontra nya.

di UM, calon Pro-M diculik.
bila dijumpai, calon tersebut dipercayai trauma!

fuh~

adakah begini yang kita mahukan?

politik menjadi semakin kejam.

adakah kita mahasiswa cakna?

kenali pemimpin anda sebelum mengundi.

rajinkan diri, usahakan sendiri..

Pemimpin dapat dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, rakyat memilih seseorang untuk menjadi pemimpin berdasarkan ciri kepemimpinan dalam dirinya. Kedua, pemimpin memaksa secara halus rakyat memilih dengan menonjolkan nilai kehebatan, kekayaan dan kepintaran untuk dikagumi dengan harapan supaya dipilih sebagai pemimpin.

Maknanya, seseorang itu secara terang-terangan mencari atau menghendaki dirinya lebih tinggi atau utama daripada orang lain. Ia disebut shadarah yang memberi erti keinginan hati untuk menjadi pemimpin secara terang-terangan dan berlumba-lumba mendapatkannya. Hakikat daripada keinginan itu, impian untuk meraih sokongan sebagai pemimpin dan kedudukan mewah melalui tatacara tidak bermaruah, menurut pandangan Islam adalah hal yang tercela, jika tidak dikatakan dosa serta terlarang.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kami, demi Allah, tidak akan mengangkat seseorang wali (pemimpin) atas pekerjaan ini (daripada) orang yang meminta (menjadi pemimpin) atau orang yang sangat ingin dengannya (pekerjaan itu)" (Hadis riwayat Bukhari).

copied from: http://www.aspirasi-ndp.com/arkib/FEB_09/Pemimpin_sombong_dibimbangi_cenderung_seleweng.htm

0 comments:

Post a Comment

words.

“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”
-Imam al-ghazali.