selayaknya kesyukuran kehadrat Allah swt kerana dgn limpah RahimNya dapat lagi kita bernafas hari ini. semoga peluang yang diberikan olehNya tak kita sia-siakan lah hendaknya.
sedikit renungan untuk hari ini, dari diri yg dhaif lagi hina.
rebutlah peluang didepan mata, biar hina dimata manusia, jangan hina di mata Allah.
hm..kenapa kita susah untuk berubah. kenapa kita tidak mampu jadi yang terbaik untuk diri sendiri?
kadang2 kita sedar kita melakukan kesilapan tetapi kita malu untuk mengaku. mungkin kerana penerimaan org terhadap kita dan mungkin juga cakap orang terhadap kita.
kita pernah dan selalu dengar. kritikan orang sementara, kemurkaan Allah selamanya! namun, kenapa kita tidak begitu kuat untuk mengaplikasinya?
hu..adakah kerana hilang sifat takwa dalam diri kita? kita berani berdosa, tetapi kita xberani malu depan manusia. huhu !
takut rasanya menunggu hari pembalasan dimana semua umat manusia berkumpul dan hari itu merupakan hari semua orang akan dimalukan didepan semua orang! setakat mana kita percaya itu semua? huu
hm.. kadang2 kita tidak sedar kita melakukan kesalahan, tapi tiada orang mahu menegur. tatkala orang lain melakukan kesalahan? bagaimana tindakan kita? mahu menegur juga atau mendiamkan sahaja?
renungkan. dan fikirkan.
semua orang satu hari nanti akan jadi pendakwa2 kita di akhirat. anak mendakwa ibu bapanya. kawan2 mendakwa kawan2 yg lain. hari dimana semua orang mahu melepaskan diri dari menerima hukuman. kerana waktu itu kita sudah rasa sedikit penyeksaan di Padang Mahsyar. Hari Huru-Hara.
bukan kita, sebenarnya saya!
hm.
maafkan jika saya membuat kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja.
T.T
-insan mengharap-
Motivasi.
6 hours ago



0 comments:
Post a Comment