"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-(Adz-Dzariat:55)

Friday, April 15, 2011

Nota Hati Seorang Lelaki : Pahrol Mohd. Juoi

ATTENTION!!!
Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah. lelaki...
jika jiwamu tulus kerana Ilahi
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!
-Pahrol Mohd. Juoi

aku rasa semua orang patut baca penulisan berhikmah penulis ini.
ayat2 yang digunakan sangat sesuai dan menusuk jiwa.
kerana ianya ringkas dan padat.
analogi yg diberikan, hebat, xpernah terfikir pon dek akal aku yg sengkek ni.huhu
tepat dengan situasi.

dah lama aku dapat buku ni.
-buku ni org pinjamkan kat aku-
still aku xhabis baca lagi..
kisahnya berkisar tentang pengalaman dan keadaan semasa yg berlaku didalam kehidupan kita yang kadang2 kita xsedar, ia berlaku pada kita.
contohnya, sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. berkorban xsemestinya terkorban.

banyak lagi kisah2 menarik yang patut kita jadikan iktibar.
aku rasakan buku ni juga sesuai untuk perempuan.
walaupon cover page ni or tajuknya ade perkataan lelaki.
-buku yg aku pinjam ni pon milik pompuan sebenarnya.hihihi-

Gugusan Tarbiah seorang Anak, Suami, Ayah dan Da'i

korang cuba lah cari.
buku ni best.
aku suka ngan term2 yg digunakan.
kadang kena tepat kat aku.
*headshot.

aku kongsikan sikit apa yg terkandung dalam ni:

stop worrying and start living-Dale Carnargie
#walaupon ni kata2 @tajuk buku inchik diatas ni, tp dengan bantuan inchik penulis buku Nota Hati Seorang Lelaki ni, aku jumpa satu kata2 yg hebat, motivasi utk aku hari ini :)

Pengorbanan memerlukan kebijaksanaan. bukan semua yang berkorban perlu terkorban.
#bagusnya~tersentap aku baca statement ni. kadang2 pengorbanan yg aku buat ni sia2 saje?huu. tidak, hati perlu ikhlas-buat sesuatu tanpa mengharapkan balasan. tetapi ingat! perlu bijaksana, bukan setakat pengorbanan, tetapi dalam semua bidang. kan @Pahrol Mohd Juoi (konon nk tagged nama penulis-addict facebook la ni (:)

Kata orang, jangan bimbang kalau diri tak dihargai, tetapi bimbanglah kalau diri sudah benar-benar tidak berharga.
#memang agak selalu dengar, tp ia tazkirah utk diri. buat sesuatu tiadalah perlu mengharapkan balasan. dan jangan pula kita mengharap org akan beri sama dgn apa yg kita dah beri. faham x?kalau xfaham pm me, nk bagi tazkirah sikit.haha :)

Fitrah umpama benih. walaupun memang telah sedia ada dihati, tapi jika tidak dibajai dan dijaga, ia akan layu atau terus musnah.
#hebat. mendefinisikan fitrah. jelas dan dapat diimaginasi. juga boleh diaplikasi!

Bajanya ialah akidah, cara menjaganya syariat, air iman yang menyuburkannya. akidah itu tujuan. syariat itu jalan.
#terang maknanya, dalam maksudnya(sama je kan?). beliau telah mengeluarkan persoalan dan menjawabnya. padat dan ringkas.


PakPie said: 'kalau penulis ni baca blog aku ni,pesanan ni utk beliau...';
"Enchik..err.ni buku enchik tulis kan?ngeii3~enchik, xpe kan, sy berkongsi buku ni dengan orang ramai..promote tu enchik~hihi, anyway,mintak izin ye inchik! syukran :)"

0 comments:

Post a Comment

words.

“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”
-Imam al-ghazali.