"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-(Adz-Dzariat:55)

Saturday, April 9, 2011

setiap sesuatu ada hikmahnya...

Berkata Imam Malik r.a.:
"Selayaknya seorang mukmin itu memiliki empat perkara, binatang/kenderaan yang tangkas, rumah yang lapang, pakaian yang cantik dan pelita yang menerangi. Adapun yang dimaksudkan kenderaan yang tangkas ialah akal, rumah yang lapang ialah sabar, pakaian yang cantik ialah sifat malu dan pelita yang menerangi ialah ilmu"


Berkata Syeikh Muhammad at-Tastari dalam tafsiran al-Qurannya:
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya ilmu itu ibarat lautan bergelora yang tiada penghujungnya. Dan sesungguhnya satu ayat dari al-Quran adalah ibarat satu lautan yang tidak akan berupaya direntas oleh seseorang pun dengan berenang."


Diriwatkan juga dari Rasulullah SAW:
"Sesiapa menuntut ilmu kerana empat perkara ia akan masuk neraka;
  1. Untuk bermegah dengan ilmunya didepan para ulama, atau;
  2. Untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh/jahil, atau;
  3. Untuk menarik perhatian orang ramai kepadanya, atau;
  4. Untuk memperoleh harta kekayaan dari pemerintah".

Rasulullah SAW bersabda:
"Bukanlah mukmin yang sempurna imannya orang yang tidak menganggap bala/ujian itu nikmat dan kesenangan itu musibah".
Lalu sahabat beranya;"Kenapa ya Rasulullah?"
Jawab Baginda:"Kerana suatu bala/ujian itu tidak datang selepasnya kecuali kesenangan dan begitu juga, kesenangan tidak datang selepasnya melainkan bala dan musibah. "
(Riwayat at-Thabruni dari Ibnu 'Abbas r.a.)

0 comments:

Post a Comment

words.

“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”
-Imam al-ghazali.