"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-(Adz-Dzariat:55)

Saturday, August 13, 2011


Salam Ramadhan Kareem.

Alhamdulillah sedikit perkongsian pada hari ini. semalam dan kelmarin aku mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan selang 4 rakaat solat Taraweh. semoga perkongsian ini dapat kita muhasabah diri kita agar sentiasa cemerlang dalam melakukan ibadah dan pengabdian kepada Allah.

Tazkirah 1. (kelmarin)
  • Bagaimana tarbiyah Ramadhan kita pada kali ini?
  • Rebutlah peluang pada bulan ini yang mana Allah melipatgandakan pahala sebanyak-banyaknya.
  • pahala sunat seperti pahala wajib, yang wajib dilipatgandakan beratus-ratus kali pahala.
  • kemudian diletakkan satu bonus pada bulan ini iaitu malam Lailatulqadar yang mana Allah memberi ganjaran sebanyak-banyaknya. malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
  • beruntunglah sesiapa yang dapat berjumpa dengan malam ini. manfaatkan sebaik mungkin.
  • berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan dan kebajikan.
  • jika di bulan ini ibadat/amalan-amalan kita lemah, bagaimana dengan bulan-bulan yang lain?

Tazkirah 2 (semalam)
  • Di bulan ini kita bersungguh-sungguh menjaga syariat Allah. sabar dan menahan diri dari makan dan melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, sehingga lah sampai waktunya.
  • Kita sanggup berlapar, tak makan walaupon hidangan sudah didepan mata, selagi azan belum berkumandang.
  • Alangkah indahnya jika di bulan-bulan yang lain kita bersabar dan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah, sehingga sampai waktu kita dipanggil mengadap Allah swt.
  • Semoga kita sanggup menahan diri dari melakukan maksiat/dosa kepada Allah, walaupon kita mampu.
  • Hadith nabi ada menyebut : Barangsiapa mengucapkan "Laa ilaaha illallah", maka di janjikan Syurga untuknya.
  • Namun, adakah semudah dengan mengucap kalimah itu sahaja kita akan memasuki Syurga?
  • Tidak, masuk Syurga tidak semudah yang kita sangkakan, walaupon kita mempunyai anak kunci Syurga.
  • Di akhir zaman, boleh jadi seseorang yang beriman pada pagi hari boleh kufur kepada Allah pada petangnya. yang beriman kepada Allah pada petangnya, boleh kufur kepada Allah pada malam/paginya.
  • semoga kita diberi taufik dan hidayah oleh Allah, supaya dipandu hati kita ke arah jalan-jalan kebaikan agar kita sentiasa mendapat kebahagiaan didunia dan diakhirat.

*Katakanlah amalan-amalan kita didunia adalah material-material yang diperlukan untuk membina Syurga, maka berbuatlah amalan sebanyak-banyaknya untuk membina Syurga yang seluas-luasnya.

0 comments:

Post a Comment

words.

“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”
-Imam al-ghazali.