kita tanggung, dan kita jawab.
apa yang kita lalui, kita yang menanggung nya.
kita tahu apa yang berlaku di sekeliling kita, apa yang kita buat.
kita juga yang bakal jawab di hadapan Allah nanti.
pagi ini terbuka hati ingin menconteng di blog.
kenal aku pada seorang hamba Allah ni, dia seorang yang kuat.
namun, beliau mula lemah bila beliau mula leka. lagha kata orang.
beliau hanyut didunia sendiri.
namun rahmat Allah tersangatlah besar.
Allah memberi peluang kepada beliau untuk kembali pada jalannya.
beliau kembali.
namun, beliau hilang semangat.
semakin giv up dan semakin lemah.
tak sekuat dulu.
aku masih berharap beliau kuat seperti dulu.
aku menduga, apa yang membuat dia jatuh..
hm, dugaan beliau semakin besar.
ujian beliau semakin berat.
indahnya iman, indahnya ujian.
diujinya supaya kita layak meminta Syurga.
diujinya supaya kita layak digelar mukmin.
diujinya supaya kita kuat.
kuat untuk terus hidup.
kerana hidup, adalah persiapan untuk mati.

* kepada beliau, aku berharap beliau terus berusaha menempuh ujian ini. kerana, beliau sentiasa kuat, seperti selalu ^^v



0 comments:
Post a Comment