......
tenang.
sunyi.
......
sesekali wujud kekesalan di hati seorang teman rapat.
menitis air matanya mengenang perilakunya.
katanya yang salah tak ditegur, yang benar di akui.
saat gemilang dijulang, saat kecundang disisih.
aku terdiam.
keliru, kadang-kadang buntu.
tak sangka.
kebalnya dinding ego, sehingga terselindung warna hati.
dalam kasar perilaku dan tuturkata, tersimpan satu perasaan inginkan nasihat dan teguran.
siapa tahu?
gagah berdiri tak semestinya gagah berlari. @_@. motip?
siapa teman sebenar?
......
aku buat tu, buat ni. mane aku tau yang ni salah.
aku buat tu, buat ni. mane aku tau orang lain pikir ape.
aku buat tu, buat ni. orang lain puji je, xde pulak kutuk2.
aku buat tu, buat ni. time orang lain bercakap dibelakang, teman rapat juga yang naturalkan keadaan.
seolah-kita kita sempurna.
seolah-olah kita dewa.
seolah-olah kita tiada cacat cela.
tiada masa terguris dek teguran, tiada waktu tanpa pujian.
teman.
......
tiba-tiba terpukul dek satu cemuhan.
rupanya salah perlakuan disisi undang-undang.
rupanya maruah dijual sewenang-wenang.
teman hilang tanpa dikesan.
.....
tersedar dari lamunan, rupanya kawan hanya untuk kesempatan.
musuh dalam diam.
.....
teman yang sepatutnya menegur di kala tersilap.
marah di kala melampau batas syariat.
menghukum di kala degil tak bertempat.
teman yang sangat diharapkan.
teman yang ikhlas tanpa balasan.
.

®Pak Pie
Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Dua di antaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan harta akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya.”
Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim




0 comments:
Post a Comment