"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-(Adz-Dzariat:55)

Saturday, December 10, 2011

Sehari 1001 rahsia.



Kita hidup tak sampai sehari dalam perhitungan Allah.

Sehari di akhirat bersamaan 1000 tahun didunia.

Sangat sekejap di dunia.

Ada yang lagi sekejap, hidup tak sampai sehari di dunia.

Sesetengah orang akan berkata..."....nak buat macam mane, tak bernasib baik."

Namun, hidup lama atau sekejap menentukan kita bernasib baik atau tidak kah?

Dalam dunia Jahiliyah moden sekarang ini, sesekali terasa susah untuk survive.

Kalau Jahiliyah dulu tak mengenal Tuhan, maksiat berleluasa. Negara kucar kacir.

Sekarang Jahiliyah moden, seruan kepada Tuhan jelas. senang dapat melalui capaian internet, namun maksiat makin berleluasa. semacam tak dapat lari dari maksiat. takut.

mempermainkan hukum Allah satu hal.

Sebarkan pemikiran kolot satu hal.

Banyak perkara lain yang lebih bermanfaat untuk diperkatakan.

Tenang. berfikir sebelum berkata.

Keluasan ilmu Allah amatlah luas.

Renung dan fikir tentang kehebatan ciptaan Allah.

tak sia-sia. ianya menarik. :)


**********************



Pokok.

Bagaimana dia survive?

Dalam dunia yang penuh pencemaran alam.

Udara yang semakin berkurang.

Berkualiti lagi kah pokok sekarang dengan persekitaran terancam?

Pembangunan yang semakin menggila, pertumbuhan semakin terseksa.

Yang kuat rebah, yang ada menunggu masa.

Adakah bernasib baik, hidup lama atau mati muda?

Namun hebatnya tarbiyyah Allah.

Yang hidup tetap memberi manfaat.

Bila hujan, hijaunya memberi kesegaran pada mata.

Akarnya gagah membendung banjir.

Mencengkam bumi menguatkan tanah.

Matinya memberi manfaat, sebagai bahan bakar untuk manusia.

**********************

baby.jpg
Manusia.

Bagaimana nak survive dalam dunia mencabar sekarang ni?

pencemaran alam oleh maksiat berleluasa.

Kiamat semakin mendekat. masa sudah dekat.

Benar-benar berkualitikah kita pada hari ini?

Pembangunan fizikal mengenepikan pembangunan rohani.

Jiwa semakin meracau. lapar.

Yang alim dicemuh, Yang Jahil dijulang.

Adakah bernasib baik, hidup lama atau mati muda?

terpulang pada Jiwa.

Tarbiyyah Allah memberi jawapan.

muhasabah diri untuk menguatkan akidah insan.

Ujian datang sebagai ukuran iman.

Menyuburkan jiwa, meningkatkan kualiti insan.

Mati. menunggu keputusan.

yang tinggal hanya amalan.

***************************************

Pernah sekali aku terdengar.

nak kata macam mane eh, "Amalan yang kita buat sehari-hari tak mampu sebagai bekal kita untuk mendapatkan syurga Allah."

sampai tak maksud tu?

~~~~

bersedekahlah, walau sekadar senyuman.

Jika kita tak berbahagia dengan apa yang kita beri, mungkin ada yang menghargai.

*******

2 comments:

  1. tengah-tengah meninjau tadi, terjumpa blog ni. macam best lala~

    http://jiwahakir.blogspot.com/2011/05/aku-dan-hijau.html

    ReplyDelete
  2. Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
    -Ar-rum(30) ayat 54.

    Dan sesungguhnya telah Kami buat dalam Al-Quran ini segala macam perumpamaan untuk manusia..
    -Ar-rum(30) ayat 58

    Maka bersabarlah kamu, Sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu.
    -Ar-rum(30) ayat 60.

    ReplyDelete

words.

“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”
-Imam al-ghazali.